SENYUMAN MENAWAN
A
beautiful smile
falls cross your face
When you are happy
or full of grace.
A
beautiful smile
fills your eyes,
When you're contented
or surprised.
A
beautiful magic
attends your soul,
When you have spoken
of love untold.
SENYUMAN MENAWAN
Disediakan oleh:
Dr. Maisarah
Dalam aspek pergigian, senyuman melibatkan barisan gigi terpamer yang bersih. Ia boleh dimiliki sesiapa sahaja dengan syarat anda mengikut petua di bawah.
1) Memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
- Memberus gigi adalah langkah utama untuk memiliki gigi dan gusi yang sihat. Paling penting beruslah gigi anda di waktu pagi dan malam sebelum tidur. Memberuslah dengan cara yang betul dan menggunakan berus gigi yang lembut. Elakkan daripada memberus cara yang salah kerana ia akan mengakibatkan permukaan gigi terhakis dan gusi makin menurun seterusnya boleh mendedahkan akar gigi.
2) Memflos
- Flos penting untuk mengeluarkan sisa makanan yang terlekat di celah-celah gigi yang mana ia boleh menyebabkan pengenapan plak, yang mana akhirnya akan menyebabkan penyakit gingivitis (keradangan pada gusi)
3) Pemeriksaan rutin
- Adalah penting untuk melakukan pemeriksaan rutin di mana-mana klinik pergigian sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk memastikan tiada karies atau penyakit gusi yang boleh memendekkan hayat gigi.
4) Jaga pemakanan
- Elakkan mengambil makanan yang terlalu manis secara berpanjangan, minuman berkarbonat dan makanan-makanan yang boleh menghakis permukaan gigi seperti asam atau jeruk.
5) Jangan merokok
- Merokok boleh membahayakan kesihatan. Bukan hanya paru-paru sahaja, bahkan ia boleh menyebabkan keadaan yang tidak sihat kepada gigi dan gusi. Ia boleh mengundang kepada penyakit periodontitis kronik yang mana akhirnya anda akan kehilangan gigi buat selamanya.
6) Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari
- Tidur yang cukup boleh membantu menyihatkan badan. Tidur yang cukup juga boleh meningkatkan kadar imuniti seseorang, dan mengurangkan kadar infeksi di dalam badan khususnya ruang mulut.
7) Makanan berkhasiat
- Pastikan anda mengambil makanan yang berkhasiat mengandungi vitamin, zink, mineral agar kesihatan gigi anda berkekalan dan anda boleh memiliki senyuman yang menawan.
SELAMAT MENCUBA!!!
Rujukan:
Haun J et al, J Clin Dent, 2002
Williams K et al, J Clin Dent 2002
Klik di bawah untuk kembali ke menu utama