KEHILANGANNYA...

 

Disediakan oleh:

Dr. Maisarah

 

Pepatah Inggeris ada menyebut:

"We don't realize what we have until it's gone"

Begitu juga dengan gigi kita. Waktu ia ada, kadangkala kita tidak menghargainya. Bila sudah tiada, barulah kita kesalkan kerana kehilangannya. Tapi, adakah semuanya berbaloi setelah kita tidak memilikinya lagi? Berbaloikah kalau kita bersedih? Tentu tidak, kan?

Maka, sewaktu ia masih ada, kita jagalah ia dengan sebaiknya. Terdapat info yang ingin saya kongsikan bersama...

 

Rajah 1: Menunjukkan keadaan gusi yang sihat.

Gusi yang sihat berwarna merah jambu (pinkish), mempunyai permukaan yang menyerupai kulit limau. Tiada sebarang inflamasi ditunjukkan.

 

Gums afflicted with gingivitis. Image: M. Glogauer

Rajah 2: Menunjukkan keadaan gusi yang tidak sihat

Gusi yang tidak sihat berwarna kemerah-merahan. Permukaannya kelihatan licin dan berkilat, dan seolah-olah beredema. Hujung gusi (interdental papilla) kelihatan tumpul. Berbanding gusi sihat, interdental papillanya tajam.

Rajah 3: Gusi yang sihat

Rajah 4: Peringkat awal keradangan gusi (gingivitis)

Rajah 5: Peringkat lanjut keadaan gingivitis

Rajah 6: Peringkat kronik

Semasa peringkat lanjut dan kronik, penyakit ini tidak lagi dipanggil gingivitis, sebaliknya ia dikenali sebagai periodontitis. Rajah 6 menunjukkan keadaan tulang alveolus yang semakin menurun (resorb). Dalam peringkat ini, gigi akan goyang.

 

Rajah 7: X-ray yang menunjukkan keadaan gigi dan tulang alveolus

 

Punca:

1) Tidak menjaga kebersihan gigi dan gusi

2) Tidak memberus gigi dengan cara yang betul

3) Tidak mengawal pemakanan yang mempunyai paras gula yang tinggi

4) Bakteria dan plak yang terkumpul

5) Penyakit sistemik seperti Diabetis Mellitus

6) Merokok

7) Dan, terdapat beberapa faktor sampingan lagi.

Rawatan:

1) Mengawal diet sebaiknya

2) Memberus gigi dengan cara yang betul 

3) Tidak merokok

4) Mendapatkan rawatan untuk penyakit-penyakit sistemik

5) Mendapatkan pemeriksaan berkala dari doktor gigi

 

Semoga kita tidak akan kehilangannya...

 

 

 

Klik di bawah untuk kembali ke menu utama