KONSEP JIHAD DAN KEPENTINGANNYA
DALAM ISLAM
Oleh:
Mohd
Nazri Chik
1.0
PENDAHULUAN
Penulisan
tentang konsep jihad dalam Islam telah ditulis dalam beberapa makalah kecil oleh
beberapa pengarang iaitu al-Sayyid Abu al-'Ala al-Maududi,al-Syahid al-Imam
Hasan al-Banna, al-Syahid Sayyid Qutb dan Abd al-Hamid Siddiqi. Penulisan mereka
ini membayangkan rasa tidak jemu untuk menjelaskan dan menanamkan roh jihad
dalam diri umat Islam untuk memperjuangkan agama Islam.
Sejak
kewafatan Rasulullah s.a.w., kekuatan umat Islam mengalami pasang surut yang
amat ketara. Mereka diserang daripada segenap penjuru dan di pelbagai medan;
peperangan, politik, ketenteraan, ekonomi, jiwa, pemikiran dan lain-lain.
Serangan yang berterusan ini tidak berhasil untuk menundukkan umat Islam
seluruhnya walaupun sebahagian daripadanya berjaya diselewengkan kefahaman Islam
dan penghayatannya. Sebahagian yang lain tetap bebas merdeka fikrah Islamnya
walau ditekan dan ditindas, terutamanya daripada kalangan ulama'. Mereka
berusaha mengusir pandangan enteng dan kekeliruan terhadap betapa besarnya
peranan Jihad dalam mempertahankan kemuliaan Islam.
Kertas
ini akan melihat secara ringkas tentang :
(a)
Konsep jihad dalam Islam
(b)
Perbincangan jihad dalam al-Qur'an dan al-Sunnah
(c)
Kepentingan jihad dalam Islam
(d)
Jihad dan hubungannya dengan gerakan Islam
2.0
KONSEP
JIHAD DALAM ISLAM
Sebagai
satu istilah, perkataan ini menerima banyak pendefinisian yang dilakukan oleh
para fuqaha' dan sarjana setiap zaman. Walaupun berlaku perbezaan dar sudut
definisi, tetapi mereka masih berada dalam ruang lingkup yang sama. Kepelbagaian
definisi oleh fuqaha' salaf membawa kesan yang positif dan negatif. Kesan
negatifnya ialah, kelompok yang membenci kebangkitan Islam akan menggambarkan
konsep ini sebagai satu istilah yang memimpin Islam kepada satu agama yang
"ekstrim" dan "terror." Manakala kesan positifnya ialah,
perselisihan peristilahan ini membuka ruang kepada fuqaha' kontemporari untuk
merumuskan satu definisi jihad yang kemudiannya menggambarkan kedinamikan Islam
sebagai satu agama yang soleh li kulli zaman wa makan (sesuai untuk semua zaman dan tempat.)
Definisi
mereka ini bolehlah digolongkan kepada beberapa kategori iaitu; udaba'
(sarjana-sarjana bahasa), fuqaha' (sarjana-sarjana
fiqh), mufassirin (sarjana-sarjana
tafsir) dan ulama' kontemporari. Para udaba';
Ibn Manzur dalam Lisan al-Arab mentakrifkannya
sebagai "memerangi musuh juga termasuk menyediakan kemudahan dan senjata."
Muhammad Farid Wajdi pula mendefinisikannya sebagai "peperangan yang
disyara'kan di dalam Islam kerana tiga sebab iaitu mempertahankan masyarakat
daripada serangan musuh, menyelamatkan dakwah Islam dan menyebarkan Islam."
Manakala
fuqaha';
al-Imam al-Syafie mentakrifkannya sebagai "usaha yang dilakukan
untuk menyelamatkan Islam sama ada pada diri dan masyarakat." Manakala 'alim
dalam Mazhab Hanbali, Ibn Qudamah al-Hanbaliy pula mentakrifkannya sebagai
"usaha bagi menyertai dalam pasukan perang sama ada menjadi anggota tentera
atau pasukan yang menyediakan alat kelengkapan peperangan."
Manakala
para mufassirin;
al-Tabari mendefinisikan jihad sebagai "peperangan yang berlaku
antara dua golongan yang bermusuhan iaitu antara orang Islam dan orang kafir"
dalam mentafsirkan ayat 218, surah al-Baqarah :
"Sesungguhnya
orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada
jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang
mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani."
(Surah
al-Baqarah : Ayat 218)
Manakala al-Razi pula mentafsirkannya sebagai "suatu usaha yang
dilakukan oleh umat Islam bertujuan untuk menolong agama Allah, kestabilan hidup
dan keutuhan ummah."
Kalimah
jihad amat banyak disebutkan di dalam al-Qur'an al-Karim.
RUJUKAN
Maududi, Abu al-'Ala (1980), Jihad fi Sabil Allah, tanpa penerbit
Al-Banna, Hasan (1980), Risalah al-Jihad, Kaherah : al-Muassasah al-Islamiyyah
Ibn Manzur (1994), Lisan al-Arab, Cetakan ke 3, Beirut : Dar al-Fikr, ms. 133
Wajdi, Muhammad Farid (t.t.), Da'irah Ma'arif al-Qarn al-Isyrun, Jilid 3, Beirut : al-Maktabah al-Islamiyyah al-Jadidat, ms. 259
Al-Syafie, Muhammad bin Idris (1990), al-Umm, Jilid 2, Beirut : Dar al-Fikr, ms. 169. Hakikatnya tidak mendefinisikan Jihad secara langsung. Definisi di atas merupakan satu rumusan oleh Muhammad Pisol Mat Isa tentang konsep jihad menurut al-Syafie ketika menghuraikan peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. melalui sabda baginda : "Diizinkan kepada kamu memilih salah satu antar Jihad iaitu berhijrah (ketika belum disyariatkan berperang) atau berperang (setelah diizinkan)" untuk menyelamatkan mereka dan agama mereka. Rujuk Muhammad Pisol Mat Isa (t.t.), Jihad Dalam Politik dan Persoalan Negara Islam Mengikut Pandangan Sa'id Hawwa, Negeri Sembilan : M Khai Enterprise, ms. 48
Al-Tabari, Abu Ja'far Muhammad bin Jarir (1954), Jami' al-Bayan 'an Ta'wili Ayi al-Qur'an, Jilid 3, Kaherah : Ihya' al-Turath al-Arabiy, ms. 355
Al-Jawziyyah, Ibn al-Qayyim (1989), Zad al-Ma'ad, Beirut : Dar al-Salam, ms. 31
Al-Razi (1978), Al-Tafsir al-Kabir, Jilid 1, Beirut : Dar al-Fikr, ms. 39
Al-Buthi, Said Ramadhan (1992), Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah Ma'a Mujaz li Tarikh al-Khilaafah al-Rasyidah, Beirut : Dar al-Fikr, ms. 60
Klik di bawah untuk kembali ke menu utama